96943

Laudya Cynthia Bella Komen Isu Padam Foto Suami di Laman Sosial - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tindakan pelakon Laudya Cynthia Bella memadam foto bersama suaminya, Engku Emran di laman sosial mengundang pelbagai spekulasi daripada netizen.

Isu ini terus menjadi perbualan hangat peminat apabila Laudya hanya mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut mengenai hal rumah tangganya itu.

Terbaharu, menerusi laporan Grid.ID, Laudya diserbu oleh sekumpulan media Indonesia ketika ditemui di sebuah acara hiburan di Senayan, Jakarta pada Ahad.

Memilih untuk terus mengunci mulut, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini hanya tersenyum meskipun diasak dengan pelbagai soalan panas.

Sehinggakan dia terpaksa dikawal oleh beberapa orang pengawal untuk mengiringinya ke kenderaan.

“Terima kasih ya,” kata Laudya sambil tersenyum.

Sebelum ini, Laudya pernah memberitahu dia tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana ingin menjaga privasi.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!