91732

Lebih 3000 Tonton Sorak Bola Bersama SURIA Di Restoran Hakim - Suria FM - Segalanya Hiburan

Malam Sabtu lalu telah berlangsung perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia menentang Vietnam yang berlangsung di Hanoi.

Bagi menyokong serta menyemarakan semangat kesukanan, SURIA turut mengambil peluang ini untuk bersama-sama bersorak menyokong pasukan Harimau Malaya bersama rakyat Malaysia.

Bertempat di Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam, SURIA telah menganjurkan acara Sorak Bola untuk memeriahkan lagi suasana perlawan akhir yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia itu.

Seramai lebih dari 3000 pengunjung yang hadir ke Restoran Hakim untuk menonton perlawanan akhir di hadapan skrin gergasi.

 

Malah seawal jam 6 petang lagi, sudah ramai penonton yang hadir untuk mengambil tempat masing-masing kerana takut tiada tempat jika datang lambat.

SURIA FM turut berkampung di sana seawal jam 6 petang untuk menghiburkan penonton yang hadir dengan aktiviti-aktiviti menarik bersama dengan barisan peyanpai SURIA seperti Fizi Ali, Cik Piah, Tyzo, Issey, Halim Othman, Rara, Naim Hashim dan DJ Lin.

Lebih menarik Sorak Bola bersama SURIA kali ini turut dimeriahkan oleh barisan artis-artis popular seperti Aiman Tino, Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Amir Masdi, Usop Mentor, Luqman Faiz dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, SURIA turut berbesar hati untuk belanja 200 gelas teh tarik kepada pengunjung yang hadir. Lebih menarik pengunjung yang hadir turut membawa pulang hadiah-hadiah istimewa daripada Figos Sportswear serta barangan eksklusif SURIA.

Biarpun Malaysia tewas 1-0 ditangan Vietnam, namun semangat kesukanan serta sokongan pada rakyat Malaysia sangat membanggakan. Setiap penonton yang hadir setia duduk ditempat masing-masing hinggalah ke bunyi wisel penamat.

Sorak Bola Suria ini adalah acara kedua yang melibatkan tayangan perlawanan bola sepak yang dianjurkan oleh Suria selepas Rentap Rusia 2018 Kosmo! dan mendapatkan pelbagai jenis tajaan seperti skrin gergasi , projektor tayangan dan hadiah daripada YB En Najwan (ADUN Kota Anggerik), En Danial (Ahli Majlis MBSA), Figos Sportwear dan tentunya penaja lokasi Restoran Hakim.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir serta pihak-pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis yang sungguh meriah ini. Inshaallah kita bertemu lagi pada tahun 2020.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!