92966

Lebih Havoc, Lebih Vogue di Star Vendor Fest Minggu Ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hari raya pastinya tidak lengkap dengan aktiviti membeli­belah. Perkara paling penting dan wajib di beli pastinya baju raya, kuih-muih dan banyak lagi. Tidak kiralah perempuan mahupun lelaki.

Buat pertama kalinya, Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendor Fest, Puan Ifa Raziah dan seluruh warga kerja Star Vendor Fest dengan bangganya akan melancarkan sebuah ruang festival untuk para peniaga menjalankan aktiviti jual ­beli bersempena hari raya Aidilfitri.

Ruangan ini bakal dihiasi indah dengan deko hari raya dan booth-booth menarik daripada vendor ‘online shop’, para artis antaranya termasuklah Ifa Raziah, Fazli Zainal, Anuar Zain, Dato’ Rosyam Noor, Datuk Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi serta usahawan bumiputera muda yang baru menapak dalam dunia perniagaan.

Star Vendor Fest mendapat sokongan padu dan dimeriahkan oleh penaja utama, Nuc Car dan penaja bersama NEFOS dan Udani Carpet.Tidak lupa juga, radio rasmi Star Vendor Fest, Suria Fm.

 Star Vendor Festival akan diadakan pada Bulan Ramadhan bertarikh 24, 25 dan 26 Mei 2019 di Putra World Trade Centre (Pwtc), KualaLumpur, Hall 3 & 4.

Kelebihan istimewa yang ditawarkan kepada pengunjung adalah, festival ini akan dibuka selama 24 jam sehari, 72 jam untuk 3 hari. Jadi, pengunjung yang bekerja di siang hari, boleh berkunjung pada waktu malam. Tiada lagi istilah “kerja, macam mana nak pergi?”.

Marilah kita sama-­sama menjayakan STAR VENDOR FESTIVAL, LEBIH VOGUE, LEBIH HAVOC, INI BARU RAYA!

 Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Fazli Zainal di talian, +6012­2269427 ATAU fazlizainalstarvendors@gmail.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!