94236

Lee Jong Hyun Padam Akaun Instagram Lepas Kantoi Hantar Mesej Peribadi Puji Bentuk Badan YouTuber - Suria FM - Segalanya Hiburan

Anggota kumpulan Cnblue, Lee Jong Hyun bertindak memadam akaun Instagram rasmi miliknya selepas menerima kecaman netizen di laman sosial.

Ia gara-gara mesej peribadi yang dihantar kepada seorang YouTuber terkenal itu menjadi tular.

Menerusi mesej itu, Lee Jong Hyun memuji bentuk tubuh badan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Park Min Jung.

Perkara itu mencetuskan menjadi perhatian apabila wanita itu memuat naik perbualan mereka di Insta story miliknya.

Menyedari perkara itu, Lee Jong Hyun kemudiannya bertindak memadam akaun Instagram miliknya kira-kira pukul 4 petang Rabu sebelum YouTuber berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menjelaskan punca dia terpaksa mendedahkan mesej peribadi berkenaan.

“Saya memohon maaf atas apa yang berlaku dimana tindakan saya memuat naik DM (direct message) Lee Jong Hyun di Instastory semalam telah mencetuskan pelbagai kontroversi.

Park Min Jung (kanan) mendedahkan mesej peribadi diterimanya dari Lee Jong Hyun (kiri).

“Pada awalnya saya tak percaya DM itu dihantar oleh Lee Jong Hyun tetapi selepas kali kedua menerima mesej daripadanya membuatkan saya tidak selesa. Saya tak mahu jadi individu yang rosakkan hubungan orang lain, sebab itu saya muat naik mesej yang dihantar.

“Saya minta maaf saya terpaksa dedahkan mesej yang dihantar secara peribadi itu. Ianya sudah pun dipadamkan dan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” tulisnya.

Terdahulu, Lee Jong Hyun menghantar mesej peribadi kepada Park Min Jung memintanya untuk terus menghasilkan video yang menarik.

Lee Jong Hyun turut memberitahu dia berasa teruja menonton video yang dimuat naik wanita berkenaan.

Bagaimanapun, mesej kedua dihantar Lee Jong Hyun yang memuji bentuk tubuh wanita itu membuatkannya berasa tidak selesa lalu bertindak memuat naik perbualan itu di Insta story miliknya. – Soompi

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!