97518

Lee Kwang Soo Kembali Sertai Running Man Selepas Pulih dari Kemalangan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Agensi bintang Running Man iaitu Lee Kwang Soo berkongsi mengenai perkembangan terbaharu kesihatannya selepas terlibat kemalangan.

Menurut laporan soompi, satu prebiu iklan mengenai episod terbaharu rancangan popular itu turut memperlihatkan kemunculan semula Kwang Soo.

Sehubungan itu sumber daripada agensinya iaitu King Kong by Starship mengesahkan bahawa Kwang Soo akan kembali ke Running Man menerusi siaran pada Isnin.

“Keadaannya semakin baik, namun dia tidak pulih sepenuhnya. Dia masih menjalani rawatan dan pada masa sama dia perlu berhati-hati,” katanya.

Sebelum ini Kwang Soo berehat sementara waktu dalam program Running Man kerana terlibat dalam kemalangan kereta pada 15 Februari.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...