84562

Lelaki 29 Tahun Mengaku Dirinya Anak Aishwarya Rai - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seorang lelaki berusia 29 tahun di India mendakwa dirinya adalah anak kepada aktres Bollywood yang juga merupakan bekas ratu dunia iaitu Aishwarya Rai.

Lelaki yang bernama Sangeeth Kumar itu turut mendakwa dia dilahirkan oleh Aishwarya menggunakan kaedah IVF atau secara permanian beradas di London pada tahun 1988.

Lebih tidak masuk akal ialah pada tahun berkenaan umur Aishwarya baru berusia 15 tahun.

unnamed-4

Sangeeth turut mendakwa bahawa Aishwarya sudah berpisah dengan suaminya Abhishek Bachchan dan kini dia mahu Aishwarya tinggal bersamanya.

Katanya lagi, dia tidak mendedahkan perkara ini lebih awal kerana telah dimanipulasi oleh ahli keluarganya dan kini apa yang dimahukannya adalah untuk bersama ibunya.

Nampaknya dunia kini semakin ramai orang yang pelik-pelik. Sebelum ini ada pasangan yang pernah mendakwa mereka adalah ibu bapa kandung kepada superstar Shah Rukh Khan.

 

Sumber : Tribune.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!