87785

Lepas Lavida Raya Kini DSV Tampil Dengan Lavida Go Bola - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pada bulan puasa dan menjelang Aidilfitri baru-baru ini, lagu Lavida Raya, sebuah lagu hasil ciptaan Cat Farish dan Mohd Hilmi nyanyian Dato Seri Vida mendapat perhatian orang ramai kerana lagunya yang ‘catchy’ dan rancak.

Lavida raya juga di antara lagu viral yang banyak mendapat ‘share’ atau dikongsi di kalangan pengguna media sosial umum, jadi tidak hairanlah jika lagu itu menjadi trending nombor satu di laman youtube selama dua minggu berturut-turut dan mencapai empat juta tontonan.

Kini Dato Seri Vida (DSV) muncul lagi dengan lagu baru yang berjudul ‘Lavida Go Bola’ bersempena dengan musim Piala Dunia Bola Sepak 2018. Sebuah lagu yang rancak dan segar, ia sudah pasti membuat para peminat tegar bola turut serta merasai semangat dan kehangatan musim perlawanan bola tahun ini.

Lavida Go Bola, bukan sahaja dinyanyikan oleh DSV malah Mimi Fly juga turut serta dalam penyampaian lagu ini di mana beliau sebagai muncul sebagai penyanyi rap undangan. Pemibikinan muzik video ini juga turut menampilkan Cik B dan Kacak serta gerak-geri tarian yang sudah pasti menarik perhatian orang ramai untuk turut serta apabila menonton muzik video Lavida Go Bola.

Lagu hasil ciptaan Cat Farish, Illegal dan Mimi Fly pasti bakal membakar semangat dan jiwa para penyokong dan peminat bola di luar sana.

Saksikan muzik video Lavida Go Bola di Youtube Seventeen Eleven Music: https://youtu.be/_555sCowIyU

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber