96807

Liam Hemsworth Jumpa Cinta Baru, Lupakan Miley Cyrus - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas berpisah dengan bekas isterinya yang juga penyanyi Miley Cyrus, pelakon Liam Hemsworth berusaha yang terbaik untuk meneruskan kehidupannya.

Menerusi laporan Hollywoodlife, Liam dikatakan enggan mengambil perhatian mengenai hubungan cinta Miley dengan kekasihnya Cody Simpson.

“Liam sudah melupakan kisah silam dan dilihat lebih positif dalam menjalani kehidupan hariannya. Hubungan cinta Miley dan Cody bukan keutamaanya.

“Malah, dia tidak mahu memikirkan soal mereka berdua,” kata sumber.

Liam kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Gabriella Brooks dan mereka kerap dilihat meluangkan masa bersama.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!