90789

‘Lihatlah’ Yazmin Aziz - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pemenang tempat ketiga Bakat Ohsem Malaysia 2017 (BOM) anjuran hurr.tv, Yazmin Aziz tampil dengan single pertamanya bergenre R&B-Pop Balada berjudul‘Lihatlah’.

Komposer bagi lagu ini adalah Vince Chong bersama Yazmin Aziz dengan lirik oleh Yazmin Aziz dan
M. Zulkifli. Pemilik nama penuh Yazmin Aldwin Abdul Aziz ini berusia 17 tahun dan sedang melanjutkan
pelajaran di tingkatan lima di Sekolah Menengah Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Muncul naib juara pertandingan Maybank Talent pada tahun 2012 membuka lembaran baharu kepada
penyanyi kacukan Malaysia-Filipina ini. Pada April 2017, beliau telah merangkul pingat emas bagi
kategori junior di pertandingan Malaysian Championship of Performing Arts. Mewakili Malaysia di World
Championship of Performing Arts di California pada tahun sama, beliau muncul pemenang pingat perak
bagi kategori junior mengalahkan ratusan peserta lain dari seluruh dunia. Turut menguasai bahasa
Tagalog, Yazmin mewakili Malaysia di Global Pinoy Singing Idol di Filipina pada Februari 2018 dan
muncul antara 6 peserta terbaik di pertandingan berkenaan.

Kerjasama dengan Vince Chong dan M. Zulkifli bermula sejak Mac 2018 manakala pembikinan lagu ‘Lihatlah’ dilakukan pada 19 Julai 2018.

Lagu ‘Lihatlah’ adalah coretan kisah kehidupan Yazmin yang dilaluinya semasa membesar. Perjalanan
hidupnya yang sukar menginjak ke alam dewasa bukanlah satu penghalang untuk beliau mencapai apa
yang diinginkan. ‘Lihatlah’ membawa pendengar untuk melihat dan memahami semangat Yazmin yang
kekal tabah sekaligus berjaya membuktikan dirinya mampu bangun menjadi seorang yang lebih cekal
dan kuat untuk menempuh kehidupan.

Lagu ini mendapat kerjasama edaran digital oleh Warner Music Malaysia yang telah dimuatnaik ke beberapa platform digital seperti iTunes, Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Yonder Music, Deezer dan Akazoo. Manakala video muzik ‘Lihatlah’ boleh ditonton di lamanY ouTube Warner Music Malaysia pada 5 Oktober 2018.

“‘Lihatlah’ amat kuat dari segi liriknya. Melodi yang bergenre R&B-Pop Balada sebegini juga jarang
diperkenalkan di Malaysia. Jadi, kami mengambil peluang ini untuk memperdengarkannya kepada
peminat muzik tempatan. Kekuatan vokal Yazmin Aziz juga tidak perlu dipertikaikan. Beliau nyata
memberi satu nafas segar dan baharu menerusi lagu ini sekaligus menunjukkan kebolehannya sebagai
pelapis kepada penyanyi-penyanyi unggul di Malaysia,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine
Daly.

Lagu ini juga boleh didapati sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi
tempatan iaitu Celcom, Maxis, DiGi dan UMobile. Ikuti perkembangan terkini Yazmin Aziz di laman
media sosial Instagram https://www.instagram.com/yazmin.aziz/, Facebook
https://www.facebook.com/aziz.yazmin dan YouTube di http://bit.ly/YTYazminAziz. Muat turun profil
dan gambar terkini Yazmin di http://bit.ly/YazminAzizBOM.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!