71938

Lindsay Lohan Jawab Isu 'Alaikum Salam' di Akaun Instagram, Padam Semua Foto - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini nama pelakon wanita antarabangsa, Lindsay Lohan pernah beberapa kali terpalit yang kononnya beliau bakal memeluk agama Islam.

Kini, beliau telah membuat kejutan apabila beliau mengambil langkah untuk memadam kesemua gambarnya di akaun Instagram miliknya dan menulis ayat ‘Alaikum Salam’ menerusi biodatanya.

lindsay_lohan_wallpaper_037

Lindsay sememangnya terkenal di timur tengah kerana beliau selalu ke Turki dengan menjadi sukarelawan untuk hal-hal pelarian disana.

Tindakan Lindsay berjaya mengambil perhatian media sehinggakan ada yang mempersoalkan status agamanya sama ada beliau sudah memeluk Islam ataupun tidak.

Menurut kenyataannya di Express.co.uk , Lindsay menjelaskan mengapa dia mengapa mengambil tindakan dengan membuang semua foto miliknya tetapi beliau enggan mengulas tentang ayat ‘Alaikum Salam’.

“Ia adalah simbolik kepada saya melepaskan masa silam dan bergerak ke hadapan yang sangat terapeutik. Ianya sangat memberi kebaikan apabila berhubung (secara media sosial) dengan orang tersayang, rakan… tetapi, ia akan menjadi negatif apabila berhubung kepada semua orang. Ia adalah dunia sayang kita kini hidup, tetapi itu semua terpulang kepada individu.”

screen-shot-2017-01-14-at-8-54-37-pm

Sumber : Express.co.uk

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!