71996

Lindsay Lohan Luah Apa Yang Dirasa Selepas Membaca Al-Quran - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama selebriti antarabangsa, Lindsay Lohan sentiasa menjadi perhatian media sejak beberapa bulan yang lalu dan kali ini beliau tampil dengan membuat pengakuan tenatng sudah mula membaca Al-Quran.

lindsay-lohan

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail, Lindsay mengakui bahawa selepas beliau membaca Al-Quran, jiwa dan dirinya menjadi tenang.

“Saya merasakan sesuatu perkara luar biasa apabila membaca Al-Quran. Saya berasa amat tenang saat membacanya dan ia merupakan perkara yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Tidak hanya membaca Al-Quran, saya juga mengaku sudah mula belajar untuk beribadah seperti penganut agama Islam dan cuba berpuasa.”

Walau bagaimanapun, katanya beliau sudah mula sedar apabila ada segelintir rakyat Amerika Syarikat yang sudah mula tidak menyukainya sebaik sahaja melihat foto beliau memegang Al-Quran. 

“Saya hanya membawa sebuah kitab, tetapi orang di Amerika Serikat tidak menyukainya dan kebanyakkan mereka telah melemparkan kata-kata buruk hanya kerana saya memegang Al-Quran.”

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Lindsay Lohan dan semoga beliau terus dikuatkan semangat. 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!