72730

Liza Hanim Disamakan Dengan Miss Universe! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Demam Gegarvanza telah pun bermula minggu lalu apabila konsert yang pertama telah berlangsung dengan cemerlang.

Bukan sahaja mutu persembahan yang menjadi bualan netizen, malah pakaian yang digayakan para bintang yang bertanding di atas pentas juga turut menjadi perhatian.

Antara busana yang paling mendapat perhatian netizen ialah gaun kembang berona biru nila yang digayakan oleh penyanyi bersuara gemersik, Liza Hanim.

screen-shot-2017-10-31-at-11-53-23-am

Menjadi bintang pertama yang membuat persembahan, Liza bukan sahaja memukau penonton dengan vokal hebatnya, malah menangkap mata penonton untuk terus melihat gaun yang dipakainya.

screen-shot-2017-10-31-at-11-54-21-am

Gaun biru rekaan pereka fesyen Jimmy Couture itu benar-benar menyerlah di atas pentas. Perincian bergemerlapan yang terdapat di fabrik gaun berkenaan seakan bintang yang berkerdipan di angkasa saat lampu dihalakan kepada Liza.

screen-shot-2017-10-31-at-11-55-05-amGaun Liza juga turut disamakan netizen dengan gaun yang pernah dipakai bekas Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach sewaktu beliau berjalan untuk kali terakhir di pentas Miss Universe.

Tahniah Jimmy! Semoga Jimmy dapat hasilkan lebih banyak busana indah untuk dipakai oleh Liza Hanim.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!