72216

Luahan Hati Yusry Kepada Lisa Selepas Melahirkan Anak Kedua Buat Netizen Tersentuh - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kalau disebut sahaja tentang cahaya mata, pasti pasangan yang sudah berumah tangga akan berasa teruja untuk menyambut kedatangan orang baru yang dapat menyempurnakan lagi hubungan suami isteri.

screenshot2015-09-16at2-41-13pm

Pada hari Ahad yang lalu, pengarah, penyanyi dan pelakon kacak iaitu Yusry dan isterinya, Lisa Surihani baru sahaja menimang cahaya mata yang kedua selepas Yahaira.

yusry

Rata-rata netizen yang mengetahui tentang kelahiran putera Yusry dan Lisa ini meluahkan rasa bersyukur dan tumpang gembira kerana artis kesayangan mereka memiliki sepasang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.

jovian

Baru-baru ini Lisa ada memuat naik gambar tentang luahan suaminya menerusi sekeping kad yang diberikan kepadanya sebaik sahaja beliau selamat melahirkan anak mereka.

lisa

To my dear wife,

My love, you have given me what no one has never given. Our two wonderful children, our princess and our new prince. And true to all the Disney movies that you enjoyed watching throughout this pregnancy, there’s always a queen and a true love in them. You are all of them rolled into one. Thank you for making my life a dream come true and a beautiful fairy tale….and the lived happily ever after.

24/4/17 Your loving husband

Hati isteri mana yang tidak akan berbunga-bunga apabila menerima kad seperti ini dari seorang insan yang memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Pengikut Lisa juga tidak ketinggalan meninggalkan komen berhubung gambar tersebut selain ada yang melabelkan Yusry sebagai seorang suami yang sangat penyayang terhadap isterinya.

yusry1yusry2yusry3Kami di SURIA juga ingin mengucapkan tahniah buat Yusry dan Lisa atas kelahiran baru ini dan doa kami supaya kalian akan terus hidup dalam kebahagian disamping dua orang insan yang dianugerahkan kepada anda.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!