72224

Luahan Perasaan Akim Terhadap Anaknya, Bella Buat Ramai Tersentuh - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kehadiran cahaya mata dalam sesebuah rumah tangga sememangnya menjadi pelengkap hubungan suami isteri dan bukan itu sahaja, ia bermakna akan ada tanggungjawab baru yang harus dipikul.

Pada tanggal 17 Februari yang lalu, isteri kepada Akim iaitu Stacy telah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Eshaal pada jam 5.17 petang dan itu merupakan anak kedua selepas Bella.

15048175_166165307180492_5502695585485946880_n

Baru-baru ini telah berlangsungnya AME2017 dan kemunculan Bella ketika malam anugerah itu telah menerima jeritan yang padu dari penonton apabila beliau tampil ke atas pentas untuk mewakili ayah dan ibunya yang telah dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori Couple Meletop.

7n_akimahmaddanstacybakal00

Apa yang lebih menyentuh hati netizen apabila Stacy ada memuat naik video ucapan Bella tentang kemenangan ayah ibunya itu selain menjelaskan mengapa beliau mengambil keputusan untuk mewakili Akim dan Stacy ketika AME2017.

stacy

Alhamdulillah terima kasih kepada Anugerah meletop era dan semua yang mengundi mami dan daddy untuk kategori couple meletop..😍😍 Beyya siap hafal speech dia di rumah tadi tapi sampai sana bingung😂 yang penting TQ LAPTOP!!😂

Akim juga tidak ketinggalan memuat naik video beserta kapsyen bagi meluahkan rasa tersentuh apabila anaknya itu sanggup hadir untuk mewakilinya yang ketika itu mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

akim

Bidadari di taman hatiku. Tapak kakinya yang dahulunya kecil, semakin hari semakin besar dari tapak tanganku. Apa yang Bella buat hari ni, membuatkan daddy sentiasa jatuh hati dengan anak daddy sorang ni. I love u anakku.

Kami di SURIA juga turut tersenyum apabila melihat kelibat Bella ketika sesi penyampaian trofi untuk kategori Couple Meletop.

Kepada semua peminat Akim & The Majistret, jangan lupa beramai-ramai menggegarkan PERKARANGAN MYDIN USJ SUBANG JAYA pada 29 April 2017 (Sabtu), jam 8 malam bersempena dengan Konsert Jelajah Suria 10 Tahun!

Jumpa anda disana!!

18157569_1375296429195635_8064553933659503843_n

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!