beat-n-path

Saksikan penyanyi rap popular, Lupe Fiasco dalam dokumentari bersiri terbaharunya Beat N Path! Dalam siri ini, Lupe akan mempelajari seni mempertahankan diri daripada Pakar Kung Fu di Middle Kingdom serta menerokai muzik hip hop China yang semakin berkembang pesat.

Buat yang kurang mengetahui siapa Lupe Fiasco, beliau adalah seorang artis antarabangsa yang beragama Islam. Beliau merupakan penyanyi rap yang pernah memenangi Anugerah Grammy, pakar seni mempertahankan diri dan peminat e-sukan yang berasal dari Chicago. Dalam siri televisyen ini, kita akan mengenali Lupe daripada sisi lain sepanjang pengembaraannya di negara China.

bnp_22

Selain pakar bermain permainan video Street Fighter V dan pernah menewaskan “pemain paling hebat dalam kejuaraan utama Street Fighter” dalam Rekod Dunia Guinness – Daigo Umehara, Lupe juga sering berlatih seni mempertahankan diri dengan bapanya sejak kecil dan masih mengamalkannya sehingga hari ini.

Pemenang Grammy dengan 12 pencalonan telah mencatat jualan rekod dengan jualan album sebanyak 3 juta salinan.

bnp_1

Jadi jika ingin menyaksikan Lupe beraksi jangan lepaskan menonton rancangan Beat N Path di saluran Kix HD di Astro setiap Khamis jam 9 malam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!