72703

"Macam Tak Ada Hero Lain Ke?" – Zainol McWilson - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sewaktu SURIA sedang ‘stalk’ Instagram pelakon cantik Zahirah McWilson, tiba-tiba SURIA terlihat satu komen dari ayahnya iaitu Zainol McWilson.

Disebabkan komen itu berbaur mencurigakan, jadi SURIA pun mengambil langkah untuk menyiasat dengan lebih mendalam.

Salah seorang peminat Zahirah telah meluahkan keinginannya untuk melihat pelakon kesayanganya itu digandingkan dengan Zul Arifin dalam drama ataupun filem.

Tetapi bapa Zahirah telah membalas komen peminat itu dengan bertanya ‘macam dah tak ada hero lain ke?’.

screen-shot-2017-10-20-at-9-01-29-am

Komen itu sekaligus menimbulkan 1001 persoalan kenapa bapa Zahirah berkata sebegitu. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang berlaku. Sedangkan umum mengetahui bahawa Zahirah dan Zul sedang berkawan rapat.

Adakah ini bermakna Zainol tidak suka dengan Zul atau dia tidak mahu anak daranya digandingkan dengan Zul kerana mereka berkawan rapat?

Semua jawapan ini ada pada Zainol McWilson sendiri. Nanti SURIA tolong tanyakan kepada tuan punya badan sendiri ye.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!