86640

Mahkamah Tolak Tuntutan Azmi Hata Untuk Penjarakan Elly Mazlein - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Mahkamah telah menolak tuntutan bekas suami pelakon Elly Mazlein iaitu Azmi Hata untuk memenjarakan bekas isterinya itu.

Menerusi status yang dimuatnaik oleh Elly Mazlein di Instagramnya, salah satu sebab untuk Azmi berbuat demikian adalah kerana Azmi merasakan Elly adalah seorang ibu yang tidak bertanggungjawab kepada anak mereka Sephia.

Elly turut meluahkan rasa syukurnya kerana tuntutan Azmi itu telah ditolak oleh mahkamah.

Dalam statusnya yang panjang lebar itu, Elly turut menuntut nafkah sebanyak RM1500 yang sepatutnya dibayar oleh Azmi kepada anak mereka.

Tambah Elly lagi, bukan sahaja duit nafkah anak yang tidak dibayar Azmi, malah duit hantaran serta duit iddah selepas bercerai juga belum dilunaskan oleh bekas suaminya itu.

Aduh kenapa sampai macam itu sekali? Sampai hati nak penjarakan ibu kepada anak kecil yang dikandung 9 bulan 10 hari. Jika ada masalah sekalipun, selesaikanlah dengan cara yang baik.

Semoga mereka berdua akhirnya menemui penyelesaian yang damai. Kita doakan yang baik-baik.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!