72589

"Mahukah Pemuzik Malaysia Mengiringi Persembahan Saya?" – Marcell - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-09-08-at-11-51-28-am-3

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa penyanyi terkenal Indonesia, Marcell bakal mengadakan konsert yang bernama Marcell: Once in A Lifetime pada 23 September 2017 nanti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sewaktu ditemui di sidang media konsert tersebut, Marcell memberitahu konsert itu juga bersempena dengan hari jadinya yang ke-40 tahun pada 21 September nanti.

 

Untuk konsert ini juga Marcell akan berkolaborasi dengan Noh Salleh dari kumpulan Hujan. Kala ditanya mengapa memilih Noh, Marcell memberitahu bahawa dia memang peminat Hujan.

whatsapp-image-2017-09-08-at-11-51-29-am-1

“Noh is good! Dan saya sendiri memang meminati kumpulan Hujan. Saya pernah menyaksikan beberapa persembahan mereka dan saya tahu kami boleh hasilkan sesuatu yang hebat di konsert itu nanti,” kata Marcell.

Selain Noh, seorang lagi pemain saksofon Malaysia Jimmy Sax akan turut bersama Marcell di konsert itu nanti. Namun kesemua pemuzik pengiring lain mlam tersebut merupakan pemuzik Indonesia.

whatsapp-image-2017-09-08-at-11-51-29-am

“Saya memilih untuk bekerjasama dengan pemuzik Indonesia yang sudah biasa bekerja dengan saya bukan kerana tidak mempercayai pemuzik Malaysia tapi kerana yang dari Indonesia sudah lama mengiringi saya. Mereka sudah biasa dengan cara saya bekerja. Kalau dengan pemuzik Malaysia yang belum pernah mengiringi persembahan saya, mahukah mereka menjadi pemuzik pengiring saya? Saya sendiri pun tak tahu, jadi lebih baik saya bekerja dengan yang sudah pasti mahu bermain muzik dengan saya” jelas Marcell.

Kala ditanya mengapa memilih Malaysia sebagai lokasi konsert yang sangat besar, penyanyi tampan itu ada alasannya sendiri.

whatsapp-image-2017-09-08-at-11-51-29-am-2

“Seperti sukar untuk dijelaskan tapi saya seolah-olah ada satu ikatan batin dengan Malaysia. Saya tak tahu apakah orangnya, makanannya atau sesuatu yang lain. Tapi ada hubungan istimewa dengan Malaysia. Sejak Anugerah Planet Muzik tahun 2003 di Kuala Lumpur dahulu, hidup saya berubah dan peminat-peminat saya di Malaysia bertambah ramai dan tidak henti-henti menyokong kerjaya saya. Dan kalau boleh saya sentiasa ingin membabitkan Malaysia dalam setiap langkah kerjaya saya,” ujar Marcell lagi.

whatsapp-image-2017-09-08-at-11-51-28-am

Marcell memberitahu dia ingin mengambil peluang ini untuk mengadakan satu persembahan yang lebih intim dengan peminatnya di konsert itu nanti.

“Saya ingin menyanyi sepenuhnya buat peminat-peminat saya di Malaysia,” tambahnya lagi.

marcell-invitation-01

Tiket konsert tersebut sudapun terjual sebanyak 60%. Buat yang belum membeli tiket bolehlah mendapatkannya di airasiaredtix.com, kiostix.com, tiket.com, goersapp.com dan juga di kaunter tiket ‘box’ dewan Plenari KLCC pada 22 dan 23 September 2017. Untuk maklumat lanjut layari www.marcellklcc.com

oleh : Shah Shamshiri

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!