72387

Majalah Vogue Menggelarkan Elfira Loy Sebagai Selena Gomez Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-28-at-4-25-18-pm

Majalah fesyen antarabangsa tersohor dunia, Vogue telah mengeluarkan sebuah petikan berkenaan pelakon Malaysia, Elfira Loy. Dalam petikan tersebut, sumber fesyen rujukan dunia itu telah menggelar Elfira sebagai Selena Gomez Malaysia kerana penampilannya yang bijak berfesyen dan bergaya.

whatsapp-image-2017-06-28-at-4-33-32-pm-1

Menurut artikel itu juga, Elfira dianggap sebagai bukti bahawa wanita berpakaian sopan juga masih mampu tampil bergaya dan sama sekali tidak membosankan. Ini kerana mereka telah memuji beberapa fesyen yang telah digayakan oleh Elfira lewat akaun Instagramnya.

whatsapp-image-2017-06-28-at-4-33-32-pm-2

Artikel itu memaparkan beberapa foto Elfira yang telah mencuri perhatian majalah tersebut. Vogue juga menyukai pilihan hijab warna-warni yang telah diperagakan oleh Elfira dalam laman Instagramnya.

whatsapp-image-2017-06-28-at-4-33-32-pm

Kami di Suria berbangga dengan artikel tentang Elfira ini kerana ia telah membuktikan bahawa artis Malaysia yang berhijab juga boleh mencuri perhatian dunia fesyen antarabangsa.

Semoga lebih ramai yang akan mengikuti jejak langkah Efira ini dan terus mengharumkan nama negara Malaysia!

Untuk lebih banyak info hiburan sila klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!