
/wp-content/uploads/2017/06/unnamed-32.jpg)
Baru-baru ini bertempat di Starbucks Taman Tun Dr Ismail (TTDI), penyampai radio Suria, DJ Lin telah menganjurkan majlis bersahur bersama dengan peminat-peminatnya.
Menurut DJ Lin, idea untuk menganjurkan majlis bersahur ini tercetus selepas peminatnya sering bertanya bila lagi pengendali segmen kegemaran ramai Suria Cinta itu mahu bersahur bersama mereka.
Tambah DJ Lin lagi, beliau turut dipelawa pihak Starbucks untuk menganjurkan majlis sebegini.
“Selepas berbincang dengan pihak Starbucks, saya terus membuat satu pertandingan di Facebook dan pemenangnya berpeluang bersahur bersama saya di Starbucks TTDI” , jelasnya.
Kata DJ Lin lagi, ini adalah kali pertama dalam kariernya sebagai penyampai radio menganjurkan acara bersahur bersama peminat.
Seawal jam 10 malam lagi, peminatnya sudah sedia menunggu kehadiran penyampai kesayangan mereka walaupun pada waktu itu, DJ Lin masih keudara menyelesaikan tugasan segmen Suria Cinta.
“Saya sangat bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa dari peminat. Mereka datang dari jauh dengan memakai baju raya. Saya lihat ramai wajah-wajah baru, itu yang membuatkan saya seronok”, jelasnya teruja.
Antara momen yang paling diingati DJ Lin pada malam itu adalah apabila salah seorang daripada peminat DJ Lin menceritakan bahawa beliau mengikuti serta meminati DJ Lin daripada tingkatan tiga sehingga usianya kini mencecah 30 tahun.
Pada malam itu pelbagai aktiviti menarik dilakukan antaranya sesi suai kenal dan juga sesi menyanyi lagu raya wakil dari setiap meja.
Memang gamat dan kecoh jadinya apabila masing-masing cuba menunjukkan kemampuan masing-masing dalam menyampaikan lagu.
Bukan sahaja lokasi, malah makanan dan hadiah pada malam itu juga ditaja sepenuhnya oleh Starbucks Malaysia.
Menurut pegawai perhubungan awam Starbucks Malaysia dan Brunei Encik Salleharon, mereka memilih untuk bekerjasama bersama DJ Lin adalah kerana karektor serta program kendalian DJ Lin yang mengutamakan kasih sayang serta hubungan kekeluargaan selaras dengan apa yang Starbucks cuba tekankan.
Kata DJ Lin, beliau berharap satu masa nanti akan ada lagi majlis sebegini tetapi kali ini beliau ingin memasak sendiri supaya peminatnya dapat merasai air tangan DJ Lin antaranya Soto, Nasi Minyak Ayam merah dan Teh Tarik.
Untuk lebih banyak cerita sensasi sila klik di sini.