Semalam ruangan maya media sosial panas dengan video yang dimuatnaik oleh jutawan kosmetik Dato Sri Aliff Syukri yang mempamerkan aksi ghairah di antara dirinya, Nur Sajat dan Lucinta Luna.

Perkara ini menjadi semakin panas apabila pelakon dan pengacara Wardina Safiyya telah menegur perbuatan DS Aliff di akaun Facebook miliknya dan mendapat sokongan ramai netizen.

Menyedari tentang situasi ini, DS Aliff Syukri telah memuatnaik sebuah kenyataan di Instagram miliknya tentang teguran Wardina buatnya.

Kata DS Aliff, beliau berterima kasih kepada Wardina di atas teguran yang diberikan malah turut mengakui kesilapannya.

Lain pula yang terjadi di bahagian komen apabila ibu DS Aliff sendiri yang telah meninggalkan komen yang menarik perhatian ribuan netizen.

Kata ibu DS Aliff iaitu Bonda Rozita, beliau telah menegur anaknya itu, tetapi DS Aliff tidak mahu mendengar nasihatnya malah telah memadamkan komen teguran ibunya. tetapi apabila Wardina menegur, DS Aliff siap muatnaik lagi teguran itu Instagramnya.

Tambah Bonda Rozita lagi, anaknya itu seorang yang baik dan meminta supaya anaknya itu jangan dekati dan bantu golongan fasik yang dimurkai Allah kerana jia dibantu bermakna dosa dan bala yang sama akan menimpa.

Bonda Rozita turut memohon maaf kepada anaknya itu di atas komen yang telah ditinggalkannya kerana tidak mahu bala datang kepada keluarga mereka.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!