71865

'Mama Dan Baba Dipanggil Pulang Dalam Tahun Yang Sama 2016' – Jasmin Hamid - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kehilangan orang yang kita sayang amat menyedihkan terutamanya apabila kita kehilangan ibu dan ayah. Hilangnya mereka tiada pengganti dan tidak boleh digantikan dengan wang ringgit.

Baru-baru ini pelakon, Jasmin Hamid yang sedang hangat dengan drama Lara Aishah telah memuat naik gambar beserta kapsyen tentang luahan hatinya yang telah kehilangan ayah tersayang pada 18 Disember, jam 11 pagi.

Apa yang difahamkan, ayahnya mula jatuh sakit selepas pemergian ibu Jasmin pada 26 Mei yang lalu. Walau bagaimanapun, Jasmin selaku anak sulung meluahkan rasa syukur kerana ayahnya pergi dengan tenang dan beliau juga redha dengan apa yang sudah terjadi.

Mari kita baca beberapa kapsyen melalui gambar yang telah dimuat naik oleh Jasmin di akaun Instagram nya. 

 

As Salam… Tanggal 18 Dec 2016 jam 11am, BABA telah di panggil pulang oleh penciptaNYA. Sekali lagi kami sekeluarga kehilangan orang tua kami. BABA mula jatuh sakit selepas pemergian MAMA tercinta kami pada bulan 26 MEI 2106. Saya sekeluarga bersyukur pada Allah kerana BABA pergi dengan mudah dan tenang.. Kami redha dengan ketentuan Allah kerana memanggil pulang kedua ibubapa kami dalam tahun yang sama 2106.. Terima kasih kepada sanak saudara, kenalan yang datang menziarah dan pada yang menghulurkan Salam Takziah pada kami. Terima kasih juga kepada Doktor dan para jururawat hospital IPR yang sabar merawat BABA ..Terima kasih kepada pihak Masjid Al -Falaq dan Tanah perkuburan USJ 22 yang menguruskan jenazah BABA. Saya sebagai anak sulung, mohon maafkan segala kesalahan BABA, halalkan makan minum BABA. Jika BABA ada berhutang dengan sesiapa, sila beritahu saya dan minta beri saya masa untuk selesaikannya agar BABA tenang di sana…aamiin. #doa #heaven #pray #faith #bless #destiny #father #love #sad #syukurselalu #kasihsayang

A photo posted by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Penulis : Fara Ismail | Sumber : Instagram Jasmin Hamid

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!