72793

Marsha Macam Tak Percaya Dapat Lihat Kaabah Depan Mata - Suria FM - Segalanya Hiburan

Umum mengetahui penyanyi, pelakon dan pengacara Marsha Milan Londoh baru sahaja pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci.

Marsha sewaktu ditemui di konsert Gegarvanganza berkata, biarpun baru pulang tetapi hatinya sudah merindui Tanah Suci.

screen-shot-2017-11-22-at-12-47-00-pm

“Di sana Marsha rasa tenang dan tak perlu fikir soal kerja. Setiap hari rasa macam tak payah tengok telefon bimbit pun tak apa.

Kalau kat sana kita fikir nak solat dan solat. Kalau orang yang tidak pernah pergi mungkin akan kata Marsa propa. Tapi sumpah demi Allah Marsha kat sana memang rasa tenang tak fikir soal kerja pun”, jelasnya.

screen-shot-2017-11-22-at-12-49-46-pmT

ambah Marsha lagi, bermacam-macam perasaan yang bermain di hatinya saat menjejakkan kaki ke Mekah.

“Dekat Mekah memang teruja, terkejut, terkedu macam-macam perasaan yang ada sebab selama ni Marsha hanya tengok Kaabah dalam televisyen dan tidak pernah terfikir yang Marsha boleh nampak depan mata dan begitu dekat sampai kita pun boleh sentuh. Sampai sekarang rasa macam masih tak percaya dan nak balik ke sana lagi”, luahnya teruja.

screen-shot-2017-11-22-at-12-47-20-pm

Sebagai seorang mualaf, Marsha mengakui dia agak gementar pada mulanya untuk melakukan ibadah umrah, namun suaminya telah menyediakan seorang ustazah untuk membantunya dalam proses menunaikan ibadah umrah.

screen-shot-2017-11-22-at-12-48-10-pm

SURIA doakan semoga Marsha dan suami diberi kesempatan sekali lagi untuk menunaikan ibadah umrah di masa hadapan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!