94841

Masih Single, Agnez Monica Bimbang Tak Mampu Bahagi Masa Cinta Dan Kerjaya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Indonesia Agnez Monica tidak berasa yakin dengan dirinya untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

Menurut Agnez, dia bimbang tidak mampu untuk memberi komitmen sepenuhnya pada hubungan cinta dan karier seni dalam masa yang sama.

“Bila saya menjalinkan hubungan dengan seseorang, sudah tentu saya mahu serius dengan hubungan itu.

“Tapi saya perlu fikir betul-betul, adakah saya mampu atau tidak? Sebab kalau boleh saya nak berikan seratus peratus pada hubungan itu.

Agnez Monica

“Dalam pada masa yang sama, saya perlu fokus juga pada karier. Takut saya tak mampu nak berikan komitmen terhadap dua perkara,” katanya.

Dalam pada itu, Agnez juga memberitahu dia tidak mahu terburu-buru dalam pemilihan pasangan hidupnya.

“Saya tidak mahu bersama pasangan yang salah. Saya selalu terfikir, adakah pasangan saya itu tahu untuk menjaga hubungan kami?

“Adakah pasangan saya itu sesuai dan berbaloi dengan usaha yang saya lakukan pada dia,” katanya.

Sumber – Liputan6

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!