89397

“Mata Saya Di Posisi Dada, Fokus Tepat & Jitu ” – Iqram Dinzly Komen Gambar Uqasha Senrose - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon kontroversi Iqram Dinzly sekali lagi menjadi bualan netizen selepas dia meninggalkan komen panas di Instagram pelakon filem Hantu Kak Limah, Uqasha Senrose.

Uqasha telah memuatnaik gambar poster dirinya yang membawakan watak Zaitun di dalam filem Hantu Kak Limah yang telah mengaut keuntungan lebih dari 30 juta.

Dalam kapsyen gambar berkenaan, Uqasha mengajukan soalan kepada para pengikutnya apa yang terlintas dalam kepala bila bercakap pasal watak Zaitun.

Iqram telah meninggalkan komen ‘Mata Saya Berada Di Posisi Dada’, lantas mendapat perhatian ramai netizen.

Biarpun komen itu dilihat seakan-akan berbaur lucah, namun ada ramai juga netizen yang bersetuju dengan komen Iqram itu walaupun pada masa yang sama ramai yang menghentamnya.

SURIA pun tak berani nak komen lebih-lebih. Anda nilaikanlah sendiri.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!