91143

Maya Karin dan Kaka Azraff Tampil Dengan ‘Getaway’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sekian lama memberi perhatian kepada karier lakonan dan kerja-kerja kebajikan dan alam sekitar, Maya kini kembali fokus dalam bidang nyanyian. Single ‘Getaway’ merupakan single pertama Maya selepas hampir empat tahun sunyi tanpa karya solo terbaru. Kali terakhir muncul dengan album solo ‘Teka Teki’ pada tahun 2013 dan single khas Hari raya yang berjudul ‘Pulang’ pada tahun 2014. Pelakon Munafik 2 ini juga pernah membuat penampilan khas dalam single ‘Serik Dengan Cinta’ bersama Juzzthin pada tahun 2015 dan ‘ Sinar Ini’ kolaborasi bersama Yasin Sulaiman pada tahun 2018.

‘Getaway’ merupakan hasil karya komposer dan penerbit berpengalaman Audi Mok bersama penyanyi baru Atilla Hanna atau lebih dikenali sebagai Tilla Hanna. Single yang membawakan genre pop moden ini turut menampilkan penyanyi Kaka Azraff selaku “rapper” dalam lagu tersebut.

‘Getaway’ merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini – 9 November 2018.

Anda sudah boleh mendengar lagu ‘Getaway’ – Maya Karin ft Kaka Azraff di pautan ini https://WMM.lnk.to/getaway

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!