84861

Maze Runner – The Death Cure : 'Pengakhiran' Yang Dinanti-nantikan - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-25-at-11-16-38-am

Pasti ada ramai pengikut setia siri filem Maze Runner yang mula diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Filem yang diterbitkan berdasarkan novel nukilan James Dashner itu kini sudahpun muncul dengan sambungannya yang ketiga yang juga merupakan penutup siri tersebut.

Dalam sekuel ketiga ini yang berjudul Maze Runner : The Death Cure, pengembaraan watak utamanya, Thomas diteruskan bersama beberapa tawanan lain yang digelar ‘Gladers’ dan mereka terpaksa berhadapan dengan misi mereka yang paling merbahaya.

whatsapp-image-2018-01-25-at-11-05-25-am

Untuk menyelamatkan teman-teman mereka yang lain, mereka terpaksa memecah masuk ke dalam Last City sebuah lagi labirin rumit dengan lorong-lorong maze yang mampu menyesatkan dan membawa maut kepada mereka yang tidak arif mencari jalan keluar.

Namun bagi mereka yang berjaya keluar dari labirin tersebut, mereka akan dapat menemui jawapan yang dicari selama ini.

Jangan lupa saksikan Maze Runner : The Death Cure di pawagam seleuruh Malaysia bermula 25 Januari 2018.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!