71877

Mell Sakura Band Luah Perasaan Apabila Gambarnya Disamakan Dengan Patung Seram Chucky - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hanya kerana penampilan beliau ketika mengadakan persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22), vokalis Sakura Band iaitu Mell telah menjadi mangsa viral di laman sosial.

Penampilannya yang dimaksudkan itu dikatakan seakan-akan watak patung dalam filem seram Chucky dan ia mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen.

mell

Walau bagaimanapun, Mell memberitahu ia tidak berkecil hati apabila melihat gambarnya itu sebaliknya ia memberikan peluang untuk netizen lebih mengenali kumpulannya itu. 

“Saya pada awalnya terkejut juga apabila gambar saya menjadi viral dan imej saya disamakan pula dengan patung seram Chucky. Sedih memang sedih apabila baca komen netizen tetapi tidaklah sampai saya berkecil hati. Saya fikir positif dan menganggap penyebaran gambar itu akan buat orang lebih kenal siapa saya dan Sakura Band.”

Rata-rata netizen memberitahu bahawa warna rambut Mell dan pakaian yang dipakai ketika itu seakan-akan menyerupai patung seram Chucky.

Tetapi Mell juga mempunyai penjelasan yang lengkap untuk menjawab isu ini dan sekali gus ia dapat memuaskan hati semua pihak yang memberikan komen terhadapnya.

“Bila difikirkan lucu juga tetapi imej pada malam itu sebenarnya khusus untuk AIM22 dan tidak berhasrat untuk mengekalkan warna rambut saya sekarang.”

Semoga segala penjelasan dari tuan empunya badan ini sudah cukup untuk menjawab isu viral tentang dirinya dan patung seram Chucky.

Apa yang penting, Mell juga bukanlah seorang yang mudah melatah apabila namanya terpalit dengan kontroversi. 

Penulis : Fara Ismail | Sumber : mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!