72402

Melodi Kasih Slash - Suria FM - Segalanya Hiburan

20170617_214147-1

Setelah sekian lama menyepi, kumpulan yang popular dengan lagu “Taman Astakona” telah melahirkan single terbaru mereka yang berjudul “Melodi Kasih”.

cymera_20170616_163854

Kini bernaung di bawah label mereka sendiri iaitu Astakona Entertainment , Slash merupakan kumpulan yang berkonsepkan pop rock . Kumpulan ini dianggotai oleh Nuar selaku vokalis ,Joe dan Rafix selaku gitaris, Jack selaku pemain bass serta Alin selaku pemain dram.Masing-masing berasal dari Kajang Selangor dan kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1994.

Single berjudul “Melodi Kasih ” ini ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar mereka Joe. Menurut Joe dalam pembikinan single ini, mereka mendapat khidmat Adi 6ixthsense selaku penerbit bersama. Proses rakaman single ini telah mengambil masa sebulan untuk disiapkan di studio NAR Kuala Lumpur,manakala proses mastering dibuat di Studio301 Sydney Australia .

cymera_20170622_155911
Berbicara mengenai “Melodi Kasih”, karya tersebut diadun dalam acuan moden dan segar, bersesuaian dengan peredaran zaman. Ia kemudiannya disalut dengan unsur cinta yang disifatkan sesuai dengan judul lagunya “Melodi Kasih”, selain itu kekuatannya juga terletak pada melodi yang mudah menjadi siulan anak-anak muda.

“Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan catchy. Sewaktu memperbaiki lirik, datang pula idea untuk memasukkan unsur rap bagi menambah warna yang lebih menarik. Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini,” ujar Joe .
Slash juga berharap agar lagu ini di terima ramai dan serta mendapat penerimaan daripada golongan muda,

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!