72450

Memori Pajeri Nanas Menghiburkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Astro First Eksklusif telah tampil dengan karya terbaru iaitu Memori Pajeri Nanas yang dibintangi pelakon handalan seperti Alif Satar, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.

Filem televisyen yang diarahkan oleh Aidilfitri itu berkisar tentang seorang Chef bernama Armand lakonan Alif yang mempunyai konflik rumah tangga bersama isterinya, Kayla lakonan Tiz.

screen-shot-2017-07-13-at-6-03-45-pm

Konflik mula terjadi apabila kedua-dua mereka mula sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga mengabaikan pasangan masing-masing.

Kemelut diantara mereka kian meruncing apabila Kayla terdengar perbualan telefon di antara Armand dan bekas kekasihnya, Camelia yang dilakonkan oleh Siti Saleha.

 

screen-shot-2017-07-20-at-1-09-02-pm

Pertengkaran besar telah tercetus diantara mereka hingga menyebabkan Kayla menuntut cerai dari Armand dan pergi meninggalkan rumah.

Namun Armand akhirnya tersedar bahawa dirinya masih mencintai Kayla dan beliau berusaha di atas bantuan Camelia untuk kembali memikat hati isterinya melalui masakkannya.

 

screen-shot-2017-07-20-at-1-17-37-pmArmand telah meminta Kayla untuk berbuka puasa bersamanya selama 30 hari Ramadhan. Pelbagai adegan menarik yang berlaku sepanjang percubaan Armand cuba memikat kembali hati isterinya.

Penonton juga akan menelan air liur tatkala melihat menu-menu lazat yang disediakan oleh Chef Armand. Alif berjaya membawa watak seorang chef dengan baik apabila beliau langsung tidak kelihatan kekok mengguna peralatan dapur.

screen-shot-2017-07-20-at-1-08-52-pm

Antara babak yang paling mencuri tumpuan adalah babak konfrontasi di antara Armand dan kayla yang kelihatan sangat meyakinkan.

Pergerakan kamera sewaktu babak itu dirakam juga harus diberi pujian kerana jurukamera bijak bermain dengan ruang serta sudut.

screen-shot-2017-07-20-at-1-17-24-pm

Pengarah juga bijak apabila menjelaskan signifikan Pajeri Nanas itu sendiri pada penghujung cerita yang menjawab segala persoalan penonton.

Secara keseluruhan Memori Pajeri Nanas agak menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton kerana jalan ceritanya yang segar serta lakonan mantap yang diberikan oleh para pelakon.

Memori Pajeri Nanas mula ditayangkan pada 20 Julai di saluran 408 Astro First.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!