90134

Menangi Percutian Ke Korea Selatan Jika Anda Hadir Ke Konsert Jelajah SURIA Johor Bharu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Buat pertama kalinya SURIA ingin memberikan hadiah pakej percutian ke Korea Selatan selama 7 hari 5 malam untuk 2 orang yang bernilai RM3790 setiap seorang.

Anda hanya perlu hadir ke konsert Jelajah SURIA yang terakhir iaitu di Angsana Mall Johor Bharu pada Sabtu ini 29 September 2018 bermula jam 12 tengah hari dan sertai sesi cabutan bertuah untuk memenangi pakej percutian istimewa ini.

Di Korea Selatan nanti, anda akan dibawa oleh Wan Vacation Sdn Bhd iaitu penaja hadiah isitmiewa ini melawat tempat-tempat menarik seperti Seoul, Pulau Nami, Ski Resort dan Lotte World Theme Park.

Selain daripada memenangi pakej percutian antarabangsa ini, pengunjung yang hadir nanti turut berpeluang memenangi 20 tudung ekskulif bernila RM300 serta baucar makan di Tony Romas.

Apa tunggu lagi, jom datang beramai-ramai ke Angsana Mall Johor Bharu esok dan menangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan ini. Jumpa anda di sana ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!