92101

Menangi Wang Tunai RM3,000 Dalam #RIMAUDANCECHALLENGE CoolBlog! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jenama minuman terkemuka Malaysia, CoolBlog, menawarkan peluang kepada semua pengemar minuman terbaharu CoolBlog iaitu ‘Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee’ untuk memenangi RM3,000 bersempena kempen ‘Hari Harimau’ yang telah dilancarkan pada Januari lalu.

CoolBlog menganjurkan cabaran tarian yang dinamakan #RimauDanceChallenge di media sosial bagi menarik minat para peminat dan pengikut laman sosial CoolBlog. Cabaran tarian #RimauDanceChallenge ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi kempen serta memberi penghargaan kepada pelanggan dan pengikut setia CoolBlog yang selama ini menyokong dan menjadikan minuman CoolBlog kegemaran mereka.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman ‘Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee’ dan dapatkan pelekat tatu harimau yang akan diberi dengan setiap pembelian. Seterusnya, log masuk ke akaun rasmi Facebook atau Instagram CoolBlog, tonton video tutorial tarian yang telah disediakan dan tiru langkah tarian didalam video tersebut. Pelanggan kemudian perlu memuat naik video tarian mereka di akaun media social dan tag CoolBlog @coolblogmalaysia dengan hashtag – #RimauDanceChallenge dan #coolblogmalaysia dalam kapsyen mereka. Penyertaan terbuka kepada individu dan juga berkumpulan tidak melebihi 4 orang. Tiada sebarang had penyertaan dikenakan tetapi hanya video tarian yang kreatif dan menarik akan dipilih menjadi pemenang.

 

 

Pertandingan tarian telah bermula dari 15 Januari dan akan berakhir pada 9 Mac 2019. Tiga pemenang bertuah (individu atau berkumpulan) berpeluang memenangi wang tunai sebamyak RM1000.00 setiap penyertaan. Para pemenang akan diumumkan di laman rasmi Facebook dan Instagram CoolBlog pada 15 Mac 2019.

 

 

CoolBlog juga bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen Hari Harimau yang akan menampilkan pasukan skuad Suria Wheels di cawangan CoolBlog yang terpilih. Pelanggan akan berpeluang untuk beramah mesra, memenangi hadiah percuma, dan menyertai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang Januari hingga Mac 2019. Senarai penuh penampilan skuad Suria Wheels adalah seperti berikut:

 

NoTarikhLokasi
12 Mac 2019CoolBlog cawangan Melawati Mall, Kuala Lumpur
29 Mac 2019CoolBlog cawangan Tesco Klang

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!