
/wp-content/uploads/2017/04/eee.jpg)
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita tentang pernikahan antara pelakon wanita, Faye Kusairi bersama duda kepada Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Sebelum ini Faye juga sentiasa mengeluarkan kenyataan dengan menafikan dakwaan yang kononnya beliau bakal bernikah bersama Azmi dan kali ini semuanya sudah pun terbukti dengan penerimaan mas kahwin sebanyak RM300.
Walau bagaimanapun rata-rata netizen meluahkan rasa meluat dengan sikap Faye yang suka berdalih dan apa yang difahamkan, Faye juga telah menutup ruang komen di akaun Instagram miliknya.
Dibawah adalah antara luahan sesetengah netizen terhadap perkahwinan Faye dan sikap beliau:
Bagi kami di SURIA, mungkin Faye ada sebab tersendiri mengapa selama ini beliau menafikan segala dakwaan yang membabitkan dirinya bersama Azmi Hattan dan juga Elly Mazlein.
Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah atas perkahwinan beliau dan semoga rumah tangga ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.