89470

Menangislah Taruhan Terbaru Syamsul Yusof - Suria FM - Segalanya Hiburan

Mereka kembali! Setelah kejayaan melalui lagu Kalah Dalam Menang & Bukan Propaganda, dua selebriti popular Syamsul Yusof & Mawi kini kembali bergabung dalam ‘Menangislah’.

Menangislah, merupakan runut bunyi bagi filem pecah panggung Munafik 2. Seperti lagu-lagu sebelum ini, Menangislah ciptaan Syamsul Yusof dan lirik oleh beliau bersama Dr. Anwar Fazal ini masih mengekalkan mesej ketuhanan.

Muzik video Menangislah sudah mula di pertontonkan di YouTube Monkey Bone sempena hari ‘sneak peak’ Munafik 2 pada 29 Ogos 2018.

Pada masa ini, muzik video ini telah ditonton sebanyak 381K kali tonton. Agak-agaknya lagu ini boleh tak mengulang kejayaan yang sama seperti OST Munafik 1 dahulu sehingga berjaya menempa tempat di Anugerah Juara Lagu? Apa-apa pun tahniah Syamsul dan Mawi. Suka lirik lagu ini yang begitu medalam sekali maksudnya.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!