86757

Mengenali Kisah Silam Hans Solo Dalam Solo : A Star Wars Story - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Hampir seluruh dunia mengenali siri francais filem Star Wars yang bermula pada tahun 1977. Ia menjadi satu fenomena dan mempunyai ramai peminat tegar.

Dari sebuah filem dengan hanya dua filem sambungan ia kini telah berkembang dengan sekuel dan juga beberapa prekuel terbaru.

Kini francais filem tersebut tampil pula dengan Solo: A Star Wars Story, filem yang menceritakan kisah silam Hans Solo, salah seorang watak utama siri Star Wars yang disukai ramai.

Dalam filem ini, penonton akan tahu asal usul Hans Solo dan bagaimana dia serta rakan makhluk asingnya Chewbacca bertemu buat kali pertama. Malah ia juga menceritakan bagaimana dan mengapa pemberontakan dalam dunia angkasa lepas tercetus.

Semestinya filem sains fiksyen sehebat Star Wars sentiasa menampilkan kesan khas dan penggarapan visual yang menakjubkan. Sarat dengan babak-babak mencemaskan dan beberapa aksi lucu, Solo: A Star Wars Story dijangka mendapat tempat di kalangan pencinta siri Star Wars.

Sekiranya anda peminat Hans Solo dan francais filem Star Wars pastikan anda menontonnya di mana-mana pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Mei ini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!