72028

"Mereka Memaki Hamun Kami" – Sharnaaz Ahmad - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini pelakon Sharnaaz Ahmad menerima pelbagai kritikan oleh netizen gara-gara tindakan beliau yang meluahkan pendapat secara terbuka tanpa memikirkan apa respon yang bakal beliau terima.

7n_sharnaazhantarrombonga00

Walaupun dikritik dengan hebat, Sharnaaz mengambil keputusan untuk tidak lagi memuat naik sebarang foto mahupun status yang boleh mengundang lagi api yang sedang marak tetapi dalam diam, hati mana tidak terkesan jika keluarga dan bakal isteri juga turut terkena tempias.

“Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial.

“Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakkan yang bermulut celupar itu peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakannya dulu.”

Tidak kurang daripada itu ada sesetengah netizen yang beranggapan bahawa Sharnaaz mempunyai perselisihan faham bersama aktor tersebut tetapi ia telah dinafikan sendiri oleh Sharnaaz.

Sharnaaz hanya memberitahu bahawa beliau tidak begitu selesa dengan Fattah Amin kerana dapat merasakan ada sesuatu yang negatif dalam diri pelakon itu.

Sumber : BH Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!