71994

"Mereka Tidak Tahu Situasi Sebenar" – Adik Ben Nathan Tampil Demi Abangnya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi yang dahulunya pernah memecahkan industri hiburan tanah air dengan lagu hits beliau iaitu ‘Stanza Sepi Sekeping Hati’, Ben Nathan bebas dari pengambilan dadah.

screen-shot-2017-02-07-at-3-59-48-pm

Hal ini telah dipastikan sendiri oleh doktor yang merawat beliau di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurut adiknya iaitu P Vasanthi, keluarganya sangat lega dengan laporan doktor itu sekali gus ia melenyapkan rasa sangsi segelintir pihak yang suka menuduh Ben Nathan tanpa mengetahui situasi sebenar.

“Sudah lama gangguan emosi berlaku terhadap Ben, malah dulu kami kerap membawanya berubat hingga ke Thailand. Sama ada perubatan tradisional, mahu pun merujukkan dirinya ke HKL, semuanya kami sudah usahakan suatu masa lalu. 

“Jadi apabila segelintir pihak membuat andaian melulu tanpa memikirkan perasaan keluarga, sudah tentu kami sedih. Terbukti abang saya tidak terbabit dengan gejala dadah. 

“Apa pun kami tidak salahkan mereka yang berfikiran sebegitu. Mereka tidak tahu situasi sebenar, apatah lagi masalah tekanan yang dihadapi Ben sudah bertahun-tahun membelenggu dirinya.”

Untuk perkembangan terkini, Ben Nathan kini ditempatkan sementara di Wad Psikiatrik HKL bagi mendapatkan rawatan susulan serta pemantauan. Bukan itu sahaja, mereka juga harus menunggu hasil laporan sebelum JKM menentukan status hak penjagaan sama ada diserah kepada jabatan terbabit atau pihak keluarga. 

screen-shot-2017-02-07-at-3-59-34-pm

Apabila ditanya tentang status agama Ben Nathan, adiknya menjelaskan bahawa mereka sekeluarga sudah tahu tentang itu dan tiada masalah untuk menerimanya.

“Kami tahu dia memeluk Islam. Ibu saya pun dimaklumkan mengenainya dulu. Bagi kami, perkara itu tiada masalah atau jadi isu. Cuma mungkin dalam kad pengenalannya dulu ia tidak sempat ditukar.”

Apabila melihat wajah Ben Nathan sebelum dibawa ke HKL, rasa sayu kerana situasinya yang seakan-akan tidak terurus. Semoga ada sinar pada Ben Nathan untuk kembali ‘memecahkan’ industri hiburan tanah air. 

Sumber : Berita Harian

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!