87447

Meriah Bersama Astro Sepanjang Aidilfitri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pabila Syawal menjelang, selain berhimpun bersama sanak saudara dan rakan taulan, rancangan menarik di kaca televisyen sewaktu musim perayaan juga menjadi antara perkara yang paling ditunggu-tunggu semua. Pelbagai rancangan menarik dan eksklusif yang disajikan semasa musim perayaan. Tahun ini Astro sekali lagi menawarkan rancangan-rancangan terbaik untuk penonton-penonton di Malaysia.

PROGRAM-PROGRAM MENARIK SEPANJANG SYAWAL

1. Pada tahun ini, saluran ‘Raya HD’ bakal membawakan sebuah program khas secara langsung berjudul ‘Bonanza Raya’ pada malam raya (dijangka jatuh pada 14 Jun 2018) yang menawarkan pelbagai hadiah hebat termasuklah wang tunai untuk dimenangi dengan hanya menjawab soalan mudah yang bakal dipaparkan. Sebagai bonus, program ini akan turut disiarkan secara serentak di enam buah saluran iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132) dan Astro Bella (133).

2. Antara program hiburan dan muzikal yang disajikan termasuklah Gegar Raya Vaganza, Caca Marba Glamour Raya (menampilkan selebriti dari program AF, GV & MLM), Rumah Terbuka AF2018 dan banyak lagi.

3. Pelbagai drama hebat termasuklah episod ‘spin-off’ menarik yang menampilkan nama-nama popular tanah air turut menanti antaranya Ti Amo Sweetheart 100 Hari yang diterajui oleh Neelofa, Zul Ariffin dan Scha Alyahya dan Awak Suka Saya Tak Raya (Emma Maembong & Alvin Chong).

4. Manakala telefilem terhebat turut dibariskan seperti Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati (Sabri Yunus), Jihan Nak Disiplin Anak (Jihan Muse & Ungku Aziz), Matilanak (Sepahtu, Mark Adam, Mat Dan), Bini Aku Dari… (Sharifah Sakinah & Aiman Hakim), Renyai Takbir Raya (Aaron Aziz, Sharifah Sakinah, Anzalna Nasir) dan Batang Buruk Batu Lesung (As’ad Motawh & Ismail Izzani).

5. Program berunsur lawak dan komedi juga bakal menghiburkan penonton menerusi program menarik seperti Sepahtu Reunion Al Raya, Muzikal Lawak Raya, Bocey & Friends Raya Lah Pulak, Pangggung Karoot Pok Ya dan Opocot Melatah Raya.

6. Program khusus untuk kanak-kanak dan animasi juga turut ditayangkan seperti Ceria Megastar Raya, koleksi klip video lagu raya Omar & Hana serta Oh My Family Raya.

7. Koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabangsa turut menemani penonton sepanjang Aidilfitri ini seperti Abang Long Fadil 2, Pinjamkan Hatiku, Tombiruo, Snow White & Huntsman, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Jurassic World, Bahubali, Bad Genius, Zombie Fighters dan banyak lagi.

8. Selain itu menerusi perjanjian kerjasama strategik di antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, sukacita dimaklumkan bahawa tiga majalah utama terbitan Karangkraf; Mingguan Wanita, Pa & Ma dan Rasa kini akan turut dizahirkan dalam bentuk program televisyen dan bakal menemui penonton mulai Jun ini.

9. Kandungan premium menerusi Astro First Eksklusif turut bersama-sama meraikan kedatangan Aidilfitri dengan mempertaruhkan filem televisyen (FTV) bergenre seram-komedi berjudul ‘The Hantus’ untuk dilanggan bermula pada hari pertama Aidilfitri, 15 Mei 2018. FTV ini merupakan filem pertama terbitan syarikat produksi pelawak terkenal, Nabil Ahmad dan diarahkan sendiri oleh beliau.

10. Manakala Astro Shaw tidak ketinggalan dengan membariskan dua filem terbaharu iaitu Hantu Kak Limah 2 bermula 9 Ogos 2018 dan Polis Evo 2 untuk tayangan pada hujung tahun ini di pawagam seluruh Malaysia.

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!