88761

Merokok Secara Langsung Di Instagram, Fathia Latiff Dikecam Lagi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kontroversi dengan aktres cantik Fathia Latif sudah boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku.

Pernah mencetuskan kontroversi dasyat apabila menari sambil menayangkan buah dada di aplikasi Bigo Live, terbaru aktres ini sekali lagi mengundang kontroversi apabila dilihat merokok di dalam IG Live Zarina Anjoulie.

Fathia dikecam hebat oleh para netizen kerana dikatakan tidak membawa imej wanita berhijab dengan betul dan mencemarkan imej wanita berhijab.

SURIA sendiri tidak pasti kenapa Fathia begitu berani membuat aksi merokok secara siaran langsung di Instagram itu.

Namun rasanya ramai yang sedia maklum, bukan Fathia seorang sahaja artis wanita yang merokok kerana terdapat ramai lagi artis wanita yang merokok cuma mereka tidak tunjuk secara terang terangan seperti Fathia.

Merokok membahayakan kesihatan.

 

Sumber : Instagram Makcik Puaka

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!