84848

Midnight Fusic Terus Perjuangkan Muzik Indie Lewat 'Lovesick' - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-19-at-12-21-46-pm-1

Nampaknya muzik berkonsep Indie masih lagi kukuh diperjuangkan. Antaranya adalah kumpulan Midnight Fusic yang pernah tampil dengan lagu pengenalan mereka, Heart of May. Kini mereka tempil dengan lagu baru berjudul Lovesick.

Lagu kedua yang lebih mesra-tarian ini dijangka menarik minat pencinta muzik secara umum.

Karya yang dicipta oleh pemain gitar utama kumpulan tersebut, Adrian Danial, adalah berdasarkan kisah cinta vokalis kumpulan ini juga, Raja Arif Aizudin yang pernah terbelenggu dalam sebuah perhubungan kekasih yang tidak sihat namun mempunyai kesulitan untuk memutuskannya.

whatsapp-image-2018-01-19-at-12-21-46-pm

“Biarpun lirik lagunya mengenai kisah yang agak sedih, kami mengambil keputusan untuk menjadikannya sebuah lagu yang agak rancak untuk menghidupkannya,” kata Adrian.

Kumpulan ini juga sedang sibuk menyiapkan album EP mereka yang dijangka bakal siap pada April 2018 nanti.

“Kami ingin menyampaikan muzik kami kepada seramai pendengar yang mungkin dan juga berharap suatu hari nanti kami akan dapat melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa,” ujar Arif.

Midnight Fusic bakal mengadakan persembahan di Merdekarya 20 Januari ini dan di The Bee, Publika pada 30 Januari.

Muzik video mereka bakal menyusul pada 26 Januari ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!