85782

Mikrofon Dayang Nurfaizah Berharga RM45 ribu! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-04-25-at-4-23-21-pm

Penyanyi popular Dayang Nurfaizah kini memiliki mikrofon paling mahal di Malaysia.

Ini disahkan sendiri oleh wakil jenama sistem audio tersohor Sennheiser di Malaysia.

“Ya Dayang telah membuat pelaburan untuk memiliki mikrofon Sennheiser SKM 6000 digital tanpa wayar yang mempunyai harga pasaran bernilai RM45 ribu! Dan itu bermakna dia juga artis pertama di Malaysia yang mempunyai mikrofon tersebut” jelas Michelle Yeo, wakil jenama Sennheiser di Malaysia, Acoustic & Lighting System.

Ini turut dikongsi di laman Instagram syarikat Acoustic & Lighting System sendiri.

whatsapp-image-2018-04-26-at-12-25-21-am

Pihak Suria juga sempat bertemu Dayang dan pengurusnya untuk mendapatkan kepastian serta penjelasan tentang pembelian mikrofon itu.

“Kami sebenarnya sudah mencuba mikrofon ini dari acara separuh akhir Juara Lagu lagi pada tahun lepas. Dan kami dapati ia amat sesuai untuk Dayang yang banyak menyanyikan lagu-lagu berentak balada. Ini kerana sebagai penyanyi lagu-lagu balada, kawalan suara amat penting dan mikrofon ini sangat membantu dalam memberikan keseimbangan pada suaranya ketika dia menyanyi,” jelas Sharina Ahmad, pengurus Dayang Nurfaizah.

whatsapp-image-2018-04-25-at-11-52-29-pm

Menurut Dayang itulah sebab utama beliau memilih untuk membeli mikrofon tersebut.

“Biasanya kalau Dayang menyanyi dengan nada rendah, suara Dayang kedengaran besar dan apabila Dayang mencapai nada yang tinggi, suara Dayang menjadi agak nipis dan tajam. Jadi Dayang harus bijak mengawal mikrofon. Tapi dengan mikrofon ini, Dayang tidak perlu bersusah-payah kerana ia mampu menyeimbangkan suara Dayang dan memberikan hasil yang baik ketika membuat persembahan secara langsung,” ujar Dayang ketika ditemui di majlis Minggu Setiausaha ‘Luncheon With The Stars’ anjuran Hotel Tenera di Bangi semalam bersama dengan Dato Jamal Abdillah.

whatsapp-image-2018-04-25-at-4-23-21-pm-1

Wah! Memang hebat nampaknya teknologi zaman sekarang ya. Kami yakin keputusan Dayang untuk membeli mikrofon semahal itu pasti satu pelaburan buat kerjayanya dan kami doakan supaya Dayang terus berjaya dan tidak berhenti mendendangkan lagu-lagu indah buat kami semua!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!