94213

Mina (Twice) Alami Masalah Anxiety, Jadual Aktiviti Hiburan Terpaksa Disusun Semula - Suria FM - Segalanya Hiburan

Anggota kumpulan Twice iaitu Mina disahkan mengalami masalah kebimbangan melampau atau anxienty selepas membuat pemeriksaan di sebuah pusat pakar perubatan baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya JYP Entertainment memberitahu jadual dan aktiviti seni Mina terpaksa disusun semula mengikut keadaan kesihatan penyanyi itu.

“Selepas diperiksa, doktor sahkan Mina kini sedang berhadapan dengan masalah kebimbangan melampau (anxiety disorder).

Jadual Mina akan dibincangkan bersama ahli kumpulan Twice yang lain.

“Melihat daripada situasinya, jadual dan aktiviti seni Mina terpaksa disusun semula dan keputusan akan dibuat selepas berbincang dengannya serta ahli kumpulan yang lain.

“Buat masa sekarang, segala aktiviti akan dilakukan mengikut keadaan kesihatan Mina. Kami berharap semua peminat memahami dan berharap dia akan cepat sembuh,” katanya.

Pada Julai lalu, Mina mengumumkan dia terpaksa mengambil cuti panjang daripada melakukan sebarang akvititi disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!