100663

Mira Filzah Nikah Malam Ini, Kisah Cinta Bermula Daripada Instagram Ke WhatsApp - Suria FM - Segalanya Hiburan

PELAKON Mira Filzah mengesahkan dia bakal disatukan dengan tunangnya iaitu Wan Emir Wan Astar di sebuah Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada malam, Khamis.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, berkata mereka sepatutnya bernikah pada Oktober depan namun ia terpaksa dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

‘Saya dan Emir sepatutnya disatukan pada Oktober depan tetapi disebabkan kakak tidak boleh berulang alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan.’

Baca artikel penuh di mStar

Kredit gambar dan artikel mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...