94757

Mira Filzah Paling Popular! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Mira Filzah menepati ramalan apabila diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke – 32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Nissam X-Trail berserta trofi.

Selain membawa pulang trofi utama, pelakon drama Sweet Dreams ini turut merangkul dua anugerah iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Baca artikel penuh di mStar. 

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!