Penyanyi popular Misha Omar menitiskan air mata sebaik sahaja menonton muzik video lagu Sampai Bila yang telah dilancarkan secara rasminya pada 31 Oktober lalu.

Kata Misha, inilah apa yang diimpikan selama lebih 17 tahun berkecimpung dalam arena seni suara.

Apabila saya lihat ‘footage’ daripada pengarah iaitu Chuan Looi, saya terus menangis kerana saya rasa macam ‘oh my god’ Misha Omar akhirnya jadi sampai ke tahap ini“, jelasnya sewaktu majlis perasmian muzik video Sampai Bila di RedBox Pavilion.

Lebih istimewa Misha turut menampilkan peminat-peminat bertuahnya untuk sama-sama menjayakan muzik video ini. Kesemua mereka telah melalui proses pemilihan yang telah dilaturkan oleh pihak Sony Music.

Untuk menghasilkan muzik video ini, Misha dan kru terpaksa menaiki bot selama hampir satu jam setengah untuk ke rumah api yang terletak di laut Selat Melaka.

Memang cantik betul muzik video Sampai Bila Misha Omar ni! Nampak bertaraf antarabangsa! Tahniah Misha dan seluruh kru produksi. Jom layan muzik video sampai bila disini ;

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!