72217

Misteri Kelibat Malique Di Pentas AME 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

maliquedyg-1

Lupakan sebentar fenomena #Lofattah, kerana kelibat yang dikatakan Malique telah mencuri perhatian peminat seni tempatan sewaktu AME 2017 berlangsung.

Adrenalin bergerak pantas saat penonton dikejutkan dengan kelibat lelaki berjubah hitam lengkap bertopeng di muka lantas menimbulkan tanda tanya adakah figura yang sedang membuat persembahan bersama Dayang itu adalah diri Malique yang sebenar.

maliquedyg2

Mana tidaknya, ramai yang menantikan kemunculan semula bintang hip hop tersohor negara itu selepas lebih dari 10 tahun tidak menjelmakan diri di khalayak ramai.

Di media sosial kecoh dengan komen-komen netizen yang mempersoalkan siapakah gerangannya lelaki yang membuat persembahan bersama Dayang itu.

maliquedyg3

Ada yang beranggapan bahawa lelaki itu bukan diri Malique yang sebenar. Ada pula yang membuat andaian Malique menyanyi dari belakang pentas dan lelaki di atas pentas itu cuma berlakon sebagai dirinya.

maliquedyg4

Namun segala persoalan terjawab bahawa lelaki yang berada di atas pentas itu bukanlah Malique. Ia hanyalah gimik sebagaimana yang dijelaskan oleh pihak Astro sewaktu sidang media sejurus AME2017 tamat.

maliquedyg5

Apa yang pasti kemunculan figura seakan Malique ini telah menjadi perdebatan hebat sehingga #Malique trending di Twitter sejurus kelibatnya muncul di atas pentas.
Begitulah besarnya pengaruh dan aura bekas penyanyi kumpulan Too Phat yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu.

Malique yang dianggap sebagai genius rap di Malaysia itu menyembunyikan diri dari industri seni atas alasan yang kurang jelas. Namun sekali-sekala beliau mencipta lagu serta meminjamkan suaranya untuk duet bersama beberapa artis terkenal antaranya Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Aku Maafkan Kamu, Black Hanifah menerusi Teman Pengganti dan yang terbaru Dayang Nurfaizah untuk lagu Pejamkan Mata.

Kami di Suria mendoakan semoga Malique baik-baik sahaja dan akan tetap terus berkarya untuk industri muzik tempatan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!