88464

Mr Bean Masih Hidup - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hujung minggu lalu tular di media sosial seluruh dunia apabila pelawak terkenal Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson dikhabarkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan sewaktu penggambaran.

Namun ternyata semua itu hanyalah berita palsu yang direka semata-mata untuk menyebarkan virus komputer.

Ini bukan kali pertama Rowan menjadi mangsa penjenayah siber. Tahun lalu beliau turut terkena perkara yang sama apabila dikhabarkan meninggal dunia.

Penjenayah siber berkenaan sengaja menyebarkan berita palsu mengenai kematian Rowan supaya netizen dapat kongsi dan buka pautan cerita berkenaan. Dan apabila anda klik pada pautan tersebut, akan tertera nombor telefon ‘scammer’ yang akan meminta nombor kredit kad anda.

Kepada netizen di luar sana, berhati-hati jika mendapat berita palsu seperti ini dan jangan mudah berkongsi berita yang tidak sahih.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!