89719

Munafik 2 Filem Malaysia Pertama Cecah Kutipan RM40 Juta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejarah demi sejarah terus dicipta oleh filem seram sensasi Munafik 2.

Selepas kejayaan memecah rekod kutipan hari pertama tertinggi di dalam sejarah perfileman Malaysia, kini filem arahan Syamsul Yusof itu telah memecah rekod sebagai filem paling tinggi kutipan dalam sejarah.

Filem Munafik 2 berjaya mengutip sebanyak RM40 juta hanya dalam masa 17 hari tayangan, sekaligus menjadikan filem ini sebagai filem Malaysia pertama yang berjaya mencapai angka 40 juta.

Kutipan filem lakonan Maya Karin, Syamsul Yusof dan Nasir Bilal Khan itu dijangka akan lebih meningkat sehingga selesai tarikh tayangan.

Malah filem Munafik 2 juga bakal ditayangkan di negara jiran bermula 26 September 2018 ini.

Tahniah dari SURIA buat seluruh tenaga kerja filem Munafik 2. Tak sabar pulak rasanya nak tunggu filem Munafik 3. Agak-agaknya siapa pula para pelakon yang dipilih Syamsul ya?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!