Penyanyi hip hop kelahiran Singapura yang semakin meningkat naik, Yung Raja baru sahaja melancarkan single (diterbitkan oleh Flightsch) dan muzik video (arahan Jasper Tan dari VadBibes), Mustafa, minggu lalu.

Mustafa bukan saja memfokuskan perkembangan Yung Raja sebagai penyanyi rap, tetapi menetapkan penanda aras baru dalam kesenian industri hip hop Singapura. Dengan kebanyakan penyanyi rap tempatan Singapura melihat dan meniru pengaruh dari Barat, Yung Raja sebaliknya teguh memperjuangkan asal usulnya yang berdarah Tamil — gabungan budaya dan kreatif yang sangat berbaloi serta mengumpul peminat daripada komuniti berbahasa inggeris dan Tamil di sekitar rantau Asia Tenggara. Ia adalah impian peribadinya sebagai artis iaitu “bagi menyerlahkan budayanya menerusi hip hop”. Menerusi suntikan rap Tamil, Yung Raja benar-benar menggalas peranan serta perjalanannya sebagai pejuang budaya yang moden.

Yung Raja berjaya mencipta gelombang kejayaan untuk dirinya sebagai penyanyi rap, penulis lagu, dan pelakon sejak muncul sebagai penyanyi rap, gelaran Raja diberikan kerana dia artis pelopor dwi bahasa dengan penyatuan Bahasa Inggeris dan Tamil dalam liriknya yang sangat menarik.

Raja berjaya menjadi tular di Malaysia dan Singapura selepas lagu adunan bahasa inggeris-Tamilnya iaitu Gucci Gang (Poori Gang), New Freezer (More Better), dan Bartier Cardi (Pathuko Thambi) dilancarkan. Dikenali dengan kemampuan rap inggeris-Tamil yang menakjubkan, Raja terus menongkah industri tanpa ragu-ragu menerusi penyampaian dwibahasanya serta rujukan budaya tersendiri.

Artis serba boleh itu yang baru bernaung di bawah label M03 Records, sebuah cawangan Kartel Records, sudah bertapak di industri lebih sedekad dengan kejayaan membanggakan baik untuk filem, TV, mahupun iklan dalam landskap media tempatan. Baru setahun memperkasakan namanya dalam hip hop, penyanyi berusia 23 tahun itu sudah dijemput mengacarakan Yo! MTV Raps bersama Jessi dari Korea Selatan, dinobatkan sebagai artis MTV Asia’s Spotlight untuk bulan Jun, dan pernah dijemput beraksi di pentas untuk acara Shine Festival dan Baybeats pada tahun ini.

Dilahirkan dan membesar di Singapura, Yung Raja berhajat untuk merubah perspektif masyarakat di dalam mahupun luar Singapura, memberi inspirasi kepada generasi seterusnya mengenai khazanah budaya, dan memacu kelas hip hop Asia Tenggara ke tahap dunia menerusi muziknya.

M03 Records, sebuah cawangan Kartel Records, adalah label rakaman dan butik A&R yang diperkenalkan sejak 2017. Berpangkalan di Singapura, M03 bermatlamat untuk membina empayar hip hop tersohor di Asia bukan saja untuk sekadar menjadi wakil sebaliknya memacu budaya Asia. Label ini menaungi beberapa artis yang semakin meningkat naik termasuklah Yung Raja dan Fariz Yabba serta akan memperkenalkan kedua mereka pada tahun ini..

Lagu serta muzik video Mustafa boleh mula dimuat naik serta distrim di semua platform digital bermula 29 Jun 2018. Pautannya di sini: https://lnk.to/yungrajamustafa

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!