84891

Muzik Tiduranku Izzue Islam - Suria FM - Segalanya Hiburan

img_2143

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Muhammad ‘Izzul Islam atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam baru-baru ini telah melancarkan single terbaru beliau “Muzik Tiduranku” di The Loft Event Space, Setia Alam yang juga selaku Penaja Rasmi Lokasi hari ini.

Nama Izzue Islam tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Sejak bertapak di dalam industri muzik Malaysia bersama kumpulan Forteen dan percubaan berani solo single pertama beliau berjudul “Bimbang”, Izzue Islam bersama syarikat pengurusan beliau IIAN Enterprise telah berusaha keras menjayakan single terbaru beliau yang ditunggu oleh penggemar muzik tempatan. Populariti “Bimbang” disusuli dengan single kedua mereka “Sahabat” yang menerima sambutan hebat dan di sokong oleh persembahan langsung beliau yang sering tampak bersahaja serta pilihan lagu sebagai ‘original soundtrack’ sangat memberi impak kepada penggemar muzik tanah air. Untuk pengetahuan semua, lagu-lagu solo beliau adalah hasil ciptaan IIAN (Izzue Islam & Awin Nurin) seiring dengan perjalanan seni Izzue Islam untuk mengembangkan bakat seninya dalam bidang penulisan lirik & mencipta lagu.

img_2101

Atas kerjasama dari beberapa pihak seperti IIAN Enterprise dan VOXSCAPE Entertainment, music video rasmi “MUZIK TIDURANKU”  juga turut dilancarkan dan penonton boleh menikmatinya di Youtube.

“Muzik Tiduranku”, dicipta sepenuhnya oleh IIAN. Tercetusnya idea untuk menulis lagu ini adalah ketika sejak kali pertama Izzue Islam mengenali isterinya, Awin Nurin.

“Muzik Tiduranku adalah sebuah lagu yang positif. Berkisah tentang perasaan cinta, kasih & sayang seseorang terhadap pasangan! Jika berjauhan, perasaan rindu itu pasti terbawa ke dalam mimpi. Jadi IIAN luahkan perasaan rindu itu melalui melodi sehingga terciptalah Muzik Tiduranku. “Jika rindu, dengarkan melodi indah ini dan tidurlah dengan lena,” jelas Izzue.

Dengan produksi single yang dikeluarkan sendiri oleh Izzue Islam dan olahan muzik dari Gjie 6ixthsense, “Muzik Tiduranku” boleh didapati secara digital di semua platform termasuk Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Deezer, KKBOX pada hujung February nanti.

img_2450

Demi menyokong pelancaran single “Muzik Tiduranku”, Izzue Islam akan mengadakan jelajah di lokasi yang terpilih yang akan diumumkan kelak untuk lebih dekat dengan peminat muzik tempatan, berserta dengan kejutan-kejutan yang akan dibawa untuk menghargai penyokong yang selama ini berdiri teguh dibalik perjalanan karier muzik Izzue Islam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!